Unprivate Stories!

Bonjour!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
Meow .. Moow.. Meew .. Moeww .. Meow!




Tagboard




My Facebook




My Twitter



my insta




recent post


Visit Them

 Wani



Follow Here


Bulan Ramadhan tiba lagi...
horray!!...
Ahlan Wasahlan Ya Ramadahan kita berjumpa lagi... :)
post kali ni saya nak kongsi tentang "Amalan Kesukaan Nabi Muhammad ketika Bulan Ramadhan"
jadikan ikutan tau..bukan saje2 baca je..
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
mungkin ada sesetengah sudah tersenyum lebar...riangnya hati bila Ramadhan tiba lagi...
tapi dalam kegembiraan tu...jangan lah terselit "Tak Sabar Nak Tunggu Raya "
jangan lah macam tu ea...Bulan Ramadhan baru je tiba...janganlah selok pulak fikir nak raya..
nanti takde kemeriahan bila korang puasa nanti...tak gitu?
sepatutnya...Bulan Ramadhan ni...bukan setakat kita menahan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam fajar je yang tak eloknya amalan kita kosong...contohnya benda wajib seperti solat 5 waktu ditinggalkan..
macam tak betul je kan? yelah! ko penat2 puasa...tapi dapat lapar dan dahaga jelah kalau amalan wajib tak ditunaikan dapat jugak dosa...pahala pulak kurang...
ibarat ko makan pau kacang...tapi takde isi..."kosong je rasa bila makan..."
lagi satu...puasa bukan untuk kita fikir.."bila nak berbuka" "bila nak raya?"
"nanti sahur nak makan pe"
tapi seeloknya kita rasai jugak dalam diri..macam mana rasanya bila jadi orang susah yang kebulur tak dapat makan...dan banyakkan buat amal di bulan yang suci ni...
Syaitan dah kena ikat..tapi nafsu tu..kena jaga...
jangan bagi diri ko pulak jadi setan -__-
P/s: jom ramai2 penuhkan masjid buat solat tarawih ramai2....nak buat sorang solat tarawih pun boleh..tapi baik buat berjemaah kan? pahala lagi banyak kan... :)
\


Older Post | Newer Post